Nasi Kari Banjir Hidangan Popular Sarawak

Nasi Kari Banjir Hidangan Popular Sarawak

Nasi Kari Banjir adalah termasuk hidangan popular di Sarawak, terutamanya dikaitkan dengan persekitaran bandar Kuching, Sarawak. Hidangan ini diterjemahkan kepada “Nasi Kari Banjir,” menonjolkan jumlah kuah kari yang banyak dituangkan ke atas nasi, memberikan penampilan penampakan “banjir”.

Hidangan ini agak simple, ada sesetengah gerai hanya mencantumkan beberapa elemen iaitu:

  • Nasi: Menggunakan nasi ayam atau nasi yang di masak dengan campuran stok ayam.
  • Ayam Kukus: Ayam di potong serta tulangnya di buang. Selalunya ayam rebus, pesnya di buat kuah kari.
  • Daging: Potongan daging babi sama ada yang di masak bbq atau kicap atau kedua-duanya sekali.
  • Telur Goreng: Ini kebiasan adalah tambahan extra untuk memenuhi selera perut.
  • Kuah Kari: Pelbagai jenis kari tapi agak cair, selalunya ayam. Karinya kaya dengan perisa, dibuat dengan campuran rempah dan kadangkala asam jawa atau agen pemasam yang lain.
  • Sambal: Sambal asam yang di kisar halus, rasanya pedas-pedas masam.
  • Hiasan: Kebisaan di campur dengan potongan kacang panjang yang di rebus terlebih dahulu.

Kesimpulan

Memang ini sangat berbeza untuk apa yang anda bayangkan, mungkin anda akan ingat ianya hanya nasi putih kemudianya di letak kuah sampai banjir. Tapi hakikatnya ia adalah pada asalnya bermu;a dari nasi ayam cuma di tambah sedikit elemen iaitu kuah kari dan potongan kacang panjang.

Lihat juga  Linut Makanan Tradisional Etnik Sarawak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *