Makanan Viral Tapi Berisiko

Makanan Viral Tapi Berisiko

Makanan viral sering menarik perhatian kerana penampilannya yang unik dan rasa yang lazat. Namun, di sebalik popularitinya, terdapat beberapa risiko kesihatan yang perlu diambil kira.

Keinginan untuk mencuba makanan dan minuman viral ini kebanyakan terpengaruh dari buah mulut orang di laman sosial dan iklan yang menggiurkan, tak salah jika untuk mencuba tapi jangan amalkan.

Menerusi hantaran poster di facebook Bahagian pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, ada menyenaraikan 4 ciri-ciri utama makanan viral yang boleh mengundang obesiti kepada penguna.

  1. Portion Besar:
    • Portion yang besar memang sudah menjadi pilihan, akan tetapi dengan pengambilan pemakanan yang banyak akan meningkatkan jumlah kalori harian.
  2. Rasa Sedap:
    • Makanan yang sedap selalunya mengandungi paras gula, garam, lemak atau MSG yang tinggi. Sebagai contoh, boba tea yang sangat popular mengandungi paras gula yang tinggi, yang berisiko menyebabkan obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
  3. Rupa Yang Menarik:
    • Makanan sekarang semakin berwarna-warni, antara tujuan utama menambah pewarna makanan ini adalah untuk meningkatkan kualiti makanan dan tekstur. Pewarna ini kebiasanya tinggi gula dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
  4. Banjir:
    • Makanan banjir seperti coklat atau keju yang meleleh memang sangat menarik, tetapi pengambilan berlebihan dari makanan tinggi kandungan lemak, kalori dan garam. ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kolesterol tinggi.

Kesimpulan

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia untuk mempunyai keinginan mencuba sesuatu yang baharu. Lebih-lebih lagi jika ia adalah sesuatu yang unik dan menarik. Tak salah untuk mencuba sebarang makanan yang viral ini. Tetapi perkara yang paling penting adalah haruslah diambil secara bersederhana.

Lihat juga  Kelebihan YouTube Premium

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *