Tomato Kueh Tiaw

Kueh Teow Tomato Hidangan Popular Di Sarawak

Kueh Teow Tomato adalah variasi hidangan negeri Sarawak dengan mi leper yang di perbuat daripada beras. Versi ini biasanya berasaskan sos tomato menjadikan ianya berkuah dan rasa masam manis, selalunya akan dicampurkan dengan makanan laut, daging dan sedikit sayur hijau. Menjadikannya hidangan yang enak dan lazat kepada peminatnya.

Bahan-bahan Utama

Bahan-bahan utama untuk menyediakan Kueh Teow termasuk:

  • Kueh Teow: Mee leper yang di perbuat daripada beras.
  • Daging: Nak pakai daging apa, terpulang kepada individu tersebut.
  • Sotong: Untuk keseimbangan tekstur dan rasa.
  • Udang: Untuk keseimbangan tekstur dan rasa.
  • Isi Ikan: Lebih bagus pakai isi ikan daripada fish cake, fish cake ialah makanan proses.
  • Minyak Bawang Putih: Minyak yang disediakan untuk menumis daging, sotong, udang dll.
  • Sayur: Seperti sawi dan daun bawang biasanya ditambahkan untuk keseimbangan tekstur dan rasa.
  • Bawang Goreng: Sebagai hiasan dan penambah rasa.
  • Sos Tomato: Sebagai perisa untuk kuah.
  • Tepung Jagung: Untuk pekatkan kuah sos tomato.

Penyediaan

Penyediaan Kueh Teow Tomato melibatkan beberapa langkah utama:

  1. Goreng Kueh Teow: Goreng Mee Kuew Teow dan masukan kicap terlebih dahulu, lepas tu masukan ke dalam pingan.
  2. Untuk Kuah: Masukan minyak bawang dan tumis semua bahan-bahan tadi.
  3. Menyediakan Kuah: Masukan sedikit air, sos tomato dan perisa tambahan senhingga mendidih. Akhir sekali masukkan tepung Jagung yang telah dicampur dengan air sedikit demi sedikit hingga mengikut kepekatan yang diingini.
  4. Menghidangkan: Tuangkan kuah sos tomato dari ke atas mee kueh teow yang selepas di goreng, dan hiaskan dengan bawang goreng atau daun bawang.
Lihat juga  Kolo Mee Rare Sigon Dorod Cafe 

Rasa dan Aroma

Kueh Teow Tomato terkenal dengan rasanya yang seimbang antara masin dan manis. Mee yang kenyal dicampur dengan kicap memberi rasa yang masin dan aromatik. Daging, sotong, udang dan isi ikan yang dimasak sempurna menambah kedalaman rasa dan tekstur pada hidangan ini. Boleh tambah sedikit cili potong untuk rasa suam-suam pedas.

Populariti

Kueh Teow Tomato sangat popular di kalangan penduduk tempatan Sarawak. Hidangan ini sering dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Banyak restoran di Kuching dan seluruh Sarawak menyajikan Kueh Teow Tomato sebagai salah satu menu mereka, kebiasaan jika ada gerai bergoreng, mesti ada menu ini.

Kesimpulan

Hidangan ini bukan sahaja menawarkan rasa yang lazat dan seimbang tetapi juga memberikan pengalaman bagi sesiapa yang mencubanya. Jika anda berkunjung ke Sarawak, cubalah Kueh Teow Tomato untuk merasai keunikan dan kelezatan masakan tempatan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *