Kelebihan YouTube Premium

Kelebihan YouTube Premium

YouTube bukan nama asing lagi di dunia, apa tah lagi peranti masa millennium hampir kesemuanya memiliki aplikasi tersebut. YouTube ialah sebuah laman web perkongsian video yang dimiliki oleh Google, di mana pengguna boleh menonton, memuat naik dan berkongsi video secara percuma.

Ditubuhkan pada tahun 2005 dan kini YouTube telah menjadi salah satu tapak laman web video terbesar dan paling popular di dunia.

Ciri Utama YouTube

  1. Tonton Video: Pengguna boleh menonton pelbagai jenis video, termasuk muzik, tutorial, vlog, filem pendek, dokumentari dan banyak lagi. Video yang di sediakan turut tersedia dalam pelbagai resolusi dan format, bergantung pada pilihan pengguna dan keupayaan peranti.
  2. Muat Naik Video: Penguna dapat memuat naik video mereka sendiri, proses memuat naik adalah mudah dah membolehkan sesiapa saja pencipta kandungan menayangkan video ciptaan mereka secara global.
  3. Saluran YouTube (Channels): Pengguna boleh membuat saluran mereka sendiri untuk mengatur video mereka dan membina komuniti pengikut. Saluran ini boleh disesuaikan dengan pelbagai tema atau topik.
  4. Langganan: Pengguna boleh melanggan saluran kegemaran mereka untuk mendapat kemas kini tentang video baharu yang dimuat naik. Ini membantu penonton terus berhubung dengan kandungan daripada pencipta yang mereka suka.
  5. Interaksi Sosial: YouTube membenarkan interaksi antara pengguna melalui ulasan, like dan share. Pengguna juga boleh memberi maklum balas dan berkongsi video dengan rakan mereka di media sosial.
  6. Pendapatan: Pencipta kandungan boleh menjana pendapatan daripada video mereka melalui program rakan kongsi YouTube. Ini termasuk iklan yang dipaparkan pada video, keahlian saluran (Channels) dan ciri-ciri lain.
  7. YouTube Live: Pengguna boleh membuat penstriman secara langsung untuk berinteraksi dengan penonton pada masa yang sama. Ia digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti webinar, keagamaan, permainan video, dll.
  8. YouTube Shorts: Ciri-ciri ini membolehkan pengguna memuat naik video pendek, sama seperti TikTok atau IG dan FB Reels.
Lihat juga  Risiko Pengambilan Makanan berproses Secara Berlebihan

Senarai di atas adalah ulasan serba sedikit tentang YouTube, sekarang mari kita berbalik kepada fungsi YouTube Premium. YouTube Premium ialah perkhidmatan langganan berbayar yang ditawarkan oleh YouTube sendiri, di mana ia memberikan pengguna pelbagai fitur dan ciri tambahan yang tidak sama dengan pengguna biasa.

Berikut ialah beberapa ciri utama YouTube Premium

  1. Tanpa Iklan: Pengguna boleh menonton video tanpa gangguan iklan, sama ada sebelum, semasa atau selepas video dimainkan.
  2. Main Balik Latar Belakang: Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memainkan video atau muzik di latar belakang semasa menggunakan aplikasi lain atau apabila skrin peranti dimatikan. Ini sangat berguna bagi pendengar muzik atau podcast.
  3. Download untuk Offline: Pengguna boleh memuat turun video dan playlist untuk ditonton semasa offline, fitur ini sangat berguna apabila anda berada di luar kawasan atau semasa anda tidak mempunyai sambungan internet.
  4. YouTube Music Premium: Sebahagian daripada langganan anda, pengguna juga dapat mengakses kepada YouTube Music Premium, perkhidmatan penstriman muzik yang turut menawarkan tanpa iklan.
  5. Akses kepada Kandungan Eksklusif: YouTube Premium turut memberi akses kepada kandungan eksklusif seperti filem, siri dan rancangan yang hanya tersedia untuk pelanggan Premium. Kandungan ini dikenali sebagai YouTube Originals.
  6. Pengalaman Tanpa Gangguan pada Semua Peranti: Perkhidmatan ini boleh digunakan pada semua peranti yang disokong oleh YouTube, seperti telefon mudah alih, tablet, komputer dan TV pintar. Hanya log masuk mengunakan alamat email yang sama.
  7. Ciri Queue: Membolehkan beberapa video disusun untuk ditonton secara berturutan dalam aplikasi YouTube, ini paling sesuai jika hendak berkaraoke.
  8. Smart Downloads: Video yang disyorkan akan ditambahkan secara automatik pada koleksi anda untuk tontonan di luar talian (offline). Dan di muat turun setiap kali peranti anda disambungkan kepada rangkaian WiFi.
  9. Kadar Bit Dipertingkatkan: Ciri ini menawarkan paparan kualiti imej yang lebih baik dalam resolusi video 1080p, menangani kritikan terhadap visual dan pengurangan kuantiti imej.
Lihat juga  Jana Pendapatan Dengan Tune Talk

Harga Langganan

  • Harga: Kos langganan YouTube Premium berbeza bergantung kepada negara. Jika di Malaysia ada dua pilihan sama ada untuk individu atau keluarga. Jika yang masih pelajar beruntung sikit kerana boleh jimat RM7 berbanding RM17.90 untuk individu, manakala untuk keluarga ialah RM33.90 tapi boleh di kongsi sehingga lima orang.

YouTube Premium direka untuk pengguna yang kerap menggunakan YouTube dan menginginkan pengalaman menonton yang lebih premium serta bebas gangguan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *