Durian Isu Durian Eksotik di Borneo

Durian Isu Durian Eksotik di Borneo

Durian Isu (Durio oxleyanus) ialah Durian eksotik di Borneo, terutamanya di Sarawak, Sabah dan Kalimantan, menjadi topik yang menarik kerana kepelbagaiannya yang unik dan memiliki kelebihan tersendiri. Berikut adalah altikel tentang Durian Isu:

1. Varieti Eksotik

  • Kepelbagaian: Borneo terkenal dengan biodiversiti yang tinggi termasuk durian. Salah satu varieti durian eksotik yang popular di Borneo ialah Durian Sukang dan durian Kerantungan di Kalimantan. Di Sarawak lebih dikenali durian Isu atau durian Nisa.
  • Rasa dan Aroma yang tersendiri: Durian eksotik ini selalunya mempunyai rasa dan aroma yang berbeza berbanding durian biasa, ia turut menawarkan pengalaman unik untuk penggemar durian kerana Durian biasa agak berbau berbanding Durian Isu ini.

2. Tentang Buah

  • Segi Size: Kecil dari durian biasa, adakala sebesar penumbuk lelaki dewasa.
  • Duri: Durinya lebih panjang dan tirus dari durian biasa.
  • Warna Kulit Buah: Kulitnya berwarna hijau cerah dan bertukar jadi hijau kekuningan apabila masak dan gugur.
  • Warna Isi: Kebiasan berwarna kekuningan jingga.

3. Penjagaan dan Penyelenggaraan

  • Hilang habitat: Pembalakan dan pembangunan mengancam habitat semula jadi pokok durian eksotik di Borneo. Usaha pemuliharaan adalah penting untuk melindungi varieti ini daripada kepupusan.
  • Penanaman Semula: Program penyelidikan dan penanaman semula diperlukan untuk memelihara genetik dan memastikan agar durian eksotik ini tidak pupus.

Kesimpulan

Durian eksotik Borneo mempunyai potensi besar dari segi ekonomi petani. Dengan mengambil langkah yang sewajarnya terhadap pemuliharaan, pemasaran dan sokongan kerajaan, durian eksotik Borneo boleh menjadi komoditi yang menguntungkan bukan sahaja menguntungkan dari segi ekonomi, tetapi juga memelihara alam semula jadi.

Lihat juga  Penanaman Vanila di Malaysia

Jika berminat hendak membeli buah Durian Isu ini, boleh hubungi admin pada musim durian.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *